MODUL 1
KURIKULUM SAINS DI MALAYSIA
SINOPSIS
Modul ini bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda tentang kurikulum sains di
Malaysia. Modul ini mengandungi tiga unit pembelajaran.
Unit 1 : Mengenal sains
Unit 2 : Sejarah perkembangan pendidikan sains di Malaysia.
Unit 3 : Kurikulum Sains KBSM
Modul
ini disediakan untuk:;
i.
Memperihalkan sains
sebagai satu cabang ilmu pengajian yang merangkumi kaedah dan sikap yang
tertentu.
ii.
Menghayati sejarah
pekembangan sains di Malaysia.
iii.
Mengkaji kurikulum
sains KBSM.
ARAHAN
PENGGUNAAN
MODUL
Modul
ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran
untuk melengkapi anda menjadi
seorang pensyarah yang berwibawa dan berketrampilan. Anda seharusnya mengikuti
modul ini dengan teliti melalui pembelajaran kendiri. Selain daripada modul ini , anda juga digalakkan mencari
bahan atau bimbingan tambahan dari sumber-sumber lain.
Urutan langkah-langkah untuk menggunakan
modul ini ;
1. Menjawab
soalan-soalan ujian pra modul
2. Mempelajari
setiap unit modul dan menjawab tugasan dengan teliti.
3. Menjawab
soalan-soalan ujian pasca modul
4. Menyemak
jawapan ujian pra dan pasca.
SELAMAT MAJU JAYA!
1.1 OBJEKTIF
Selepas
mengikuti unit ini adalah diharapkan bahawa anda akan dapat;
q
memperihalkan tentang sains.
q
membanding beza maksud
fakta, konsep , prinsip , hukum dan teori.
q
menbezakan pengertian
sains dan teknologi
q
menjelaskan sumbangan
teknologi kepada pembangunan masyarakat dan negara.
1.2 ARAHAN
Anda diminta meneliti dan mengkaji isi-isi penting
yang diberi serta menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi . Anda juga
dinasihatkan meluaskan pembacaan daripada sumber-sumber yang relevan bagi
memantapkan pengetahuan anda.
Anda perlu menghabiskan unit ini dalam tempoh masa 2 jam.
Apakah
itu sains ?
Ø Sains merupakan suatu bidang keilmuan, hasil daripada
usaha manusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang fenomena alam
semulajadi.
Ø Sains merangkumi tiga komponen utama iaitu proses,
hasil dan sikap.
Ø Sains merupakan suatu set sikap dan
satu pemikiran berkenaan dengan fakta , malahan lebih daripada apa yang dikatakan
fakta ( B.F.Skinner )
Ø Sains merupakan sikap inkuiri , pemerhatian dan
penaakulan mengenai dunia ini
( K.T.Compton)
Ø Saintis sentiasa menjalankan kajian melalui
pemerhatian dan eksperimen terhadap semua benda , tindakan dan perubahan alam
ü kemahiran proses sains adalah asas untuk mempelajari
sains
ü proses menitikberatkan cara untuk memperolehi
pengetahuan sains
ü menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk
menerangkan fenomena alam semesta
ü melibatkan pengalaman “ hands-on” dan “ minds-on”.
ü melibatkan pembentukan hipotesis , merancang ,
mengeksperimen , mengumpul dan menganalisis data serta membuat rumusan.
§
Sains sebagai hasil .
ü Idea sains / penemuan baru adalah merupakan hasil
eksperimen yang telah dijalankan
ü Semua hasil sains adalah berdasarkan data yang
dikumpul dan dinilai yang berasaskan
sesuatu teori atau kerangka konsep.
Teori

Data
![]()
ü maklumat dan idea dipanggil hasil atau produk
ü hasil penyiasatan boleh membuat rumusan , konsep,
generalisasi , fakta , hukum , prinsip dan teori.
ü sikap ialah perbuataqn atau pandangan yang berasaskan
kepada sesuatu pendapat atau fikiran.
ü minat dan naluri ingin tahu melalui inkuiri dan
penyiasatan
ü jujur dan tepat dalam mengumpul dan menganalisis data
ü fleksibel dan berfikiran terbuka
ü tabah dalam menjalankan sesuatu perkara
ü sistematik dan yakin
§
Sains dan Teknologi
ü teknologi merupakan pemindahan pengetahuan saintifik
ke dalam aplikasi harian yang praktikal
yang membawa manfaat kepada manusia.
ü peranan teknologi dalam kehidupan manusia
ü peranan sains dan teknologi dalam wawasan 2020
Apakah yang anda faham tentang pengertian sains ?
Berikan
proses-proses yang terlibat dalam penyiasatan sains.
Apakah
kesan jika proses-proses itu tidak dititikberat .
Sains
sebagai suatu bidang ilmu yang menerangkan fenomena alam dan ianya merangkumi fakta, konsep, prinsip, hukum dan
teori.
Anda
dikehendaki melengkapkan hasil sains dalam jadual di bawah.
|
Hasil |
Pengertian |
Contoh |
|
Fakta |
|
|
|
Konsep |
|
|
|
Prinsip |
|
|
|
Teori |
|
|
|
Hukum |
|
|
Dengan
menggunakan pengurusan grafik yang sesuai , banding-bezakan diantara sains dan teknologi.
i.
Terangkan mengapa subjek Fizik, Kimia dan Biologi dikelaskan
sebagai disiplin sains?
ii.
Mengapakah nilai
positif dan sikap intelektual sangat dipentingkan oleh seorang saintis? .
Anda
seharusnya telah mengenali dan memahami sains sebagai satu bidang keilmuan yang
merangkumi proses, hasil dan sikap. Sains dan teknologi sangat berkait rapat
dan ianya telah memberi sumbangan besar
terhadap kesejahteraan manusia.
2.1 OBJEKTIF :
Selepas mengikuti unit ini adalah diharapkan anda
akan dapat;
q
membanding beza
kurikulum lama dengan kurikulum KBSM.
q
menganalisis tentang
sejarah perkembangan kurikulum sains sehingga
terkini.
q
menghayati dan
menghargai perkembangan kurikulum sains
q
membuat refleksi
tentang sejarah perkembangan kurikulum sains
2.2 ARAHAN
Anda diminta meneliti dan mengkaji isi-isi penting
yang diberi serta menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi . Anda juga
dinasihatkan meluaskan pembacaan daripada sumber-sumber yang relevan bagi
memantapkan pengetahuan anda.
Anda perlu menghabiskan unit ini dalam tempoh masa 3 jam.
Sejarah
Perkembangan Pendidikan Sains di Malaysia
§
Perkembangan Pendidikan
sains di Malaysia melibatkan empat peringkat iaitu;
ü
Sains Paduan
ü
Sains Nuffield
ü
Sains Moden
ü
Sains KBSM
§
Kurikulum Sains KBSM
ü Sains KBSM menawarkan lima subjek elektif untuk
tingkatan IV dan V iaitu Fizik , Kimia
, Biologi , Sains KBSM dan Sains Tambahan.
ü Sains KBSM memberi
penekanan terhadap kesepaduan di antara ilmu pengetahuan , kemahiran dan
nilai-nilai murni.
ü Proses pengajaran-pembelajaran adalah berteraskan
kepada pembelajaran melalui inkuiri-penemuan secara induktif atau deduktif.
ü Memberi peluang kepada pelajar menguasai konsep , dan
kemahiran dengan penglibatan secara
aktif , bermakna dan menyeronokan dalam pempelajaran sains.
ü Nilai murni dan sikap saintifik dilakukan secara
langsung , tidak langsung dan bersahaja melalui proses pengajaran-pembelajaran
dan amalan guru serta pelajar.
i. Bandingkan perkembangan kurikulum
Sains Paduan , Sains Nuffield
dan Sains Moden dengan Sains KBSM dari segi objektif dan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Apakah kelebihan yang terkandung dalam
kurikulum Sains KBSM.?
Berikan tiga sebab mengapa kurikulum sains sentiasa
berubah-ubah ?
Pendidikan sains KBSM dapat melahirkan masyarakat yang
saintifik dan progresif pada tahun 2020.
Berikan
komen anda.
3.1
OBJEKTIF
Selepas
mengikuti unit ini , adalah diharapkan anda dapat;
q
mengaitkan matlamat an
objektif kurikulum sains dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
q
mengenalpasti tajuk ,
kemahiran dan nilai dalam proses pengajaran-pembelajaran.
q
menunjukkan aliran idea
dan hubungan konsep melalui pembinaan peta konsep.
Anda dikehendaki mengkaji dan meneliti nota dan
lampiran yang disediakan , seterusnya melaksanakan semua tugasan dalam unit ini.
Anda harus menyelesaikan unit ini
dalam tempoh masa 10 jam.
Pembelajaran
Berfikrah adalah sebagai pendekatan baru yang menyatupadukan isi kandungan dan
proses. Isi kandungan mengandungi
konsep , prinsip , pengitlakan , masalah , fakta , dan definisi. Sementara
proses adalah kemahiran berfikir , strategi berfikir , metakognisi dan kemahian
sosial.
Penerapan
kemahiran berfikir , strategi berfikir , kemahiran proses , serta sikap dan
nilai murni dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah
pembelajaran berfikrah. Pembelajaran Berfikrah memerlukan pelajar terlibat
secara langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat.
Melalui strategi Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir ( KBSB ) yang
menggabungkan tiga pendekatan pengajaran-pembelajaran ( i ) mengajar cara berfikir ( ii ) mengajar untuk
berfikir dan ( iii ) mengajar tentang berfikir , pembelajaran berfikrah menjadi
lebih berkesan dan bermakna.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.
Huraikan perkaitan di antara matlamat dan objektif
kurikulum Fizik / Kimia / Biologi KBSM
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Cabaran ke 6 Wawasan 2020
§
Matlamat dan Objektif
Kurikulum Fizik
ü Rujuk Lampiran 1
§
Matlamat dan Objektif
Kurikulum Kimia
ü
Rujuk Lampiran II
§
Matlamat dan Objektif
Kurikulum Biologi
ü Rujuk Lampiran III
Apakah strategi pengajaran dan pembelajaran yang
ditekankan dalam kurikulum Fizik /
Kimia /
Biologi KBSM bagi mencapai objektif
subjek berkenaan.?
i .
Bina satu peta konsep bagi tajuk-tajuk dan subtajuk untuk menunjukkan
hubungan di antara konsep-konsep
( sila rujuk Lampiran IV )
ii.
Anda juga dikehendaki menyenaraikan tiga kaedah yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran tajuk
berkenaan yang dihasratkan. ( rujuk Lampiran 1 / II
/ III )
iii. Apakah
nilai dan sikap saintifik yang terlibat semasa pengajaran-pembelajaran
tajuk-tajuk berkenaan?
Berdasarkan
pengalaman anda , pilih lima tajuk
daripada Silibus Fizik / Kimia /
Biologi Program Matrikulasi dan
bina peta konsep bagi tajuk-tajuk berkenaan.
Penilaian Kendiri
1.
Mengapakah nilai dan
sikap saintifik diberi penekanan dalam kurikulum Fizik / Kimia / Biologi KBSM.?
2.
Bincangkan
faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap subjek sains.
3.
Apakah yang berlaku
jika pengajaran-pembelajaran sains dilaksanakan
secara teori sahaja.?